Tuesday, May 26, 2009

Perahu Nabi Nuh

1. Awal informasi tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentara Nasional Turki menangkap sebuah benda mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang diduga perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark)

Umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan oleh Allah SWT karena kedurhakaannya seperti disebutkan dalam Al-Qur’an, sudah ditemukan dan dilakukan penggalian oleh penelitian tim antropolog yang dipimpin oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. Ini adalah sebagian foto-fotonya. ENJOY IT!!
























Situs Kapal Nabi Nuh sebelum dibersihkan











Pengukuran di Atas Perahu









Lokasi di bukti Arafat.


























Struktur Perahu menurut para arkeolog yang menemukannya
























Setelah dibersihkan, beginilah bentuk Asli Perahu Nabi Nuh AS yang kuno tapi canggih. Di dalam perahu inilah sedikit umat Nabi Nuh AS diselamatkan Allah SWT dari banjir dahsyat setinggi gunung dan ratusan pasang binatang ikut serta didalamnya.














Gambaran suasana terjadinya banjir dalam Injil yang terjadi pada tahun 1300 BC (Sebelum Masehi). Sekitar 25 tahun sebelum zaman Nabi Musa AS atau 1.300 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Lihat perbandingan ukuran perahu dengan Pesawar Modern Jumbo 747.
















SMEOGA BERMANFAAT DAN MENAMBAH KEYAKINAN KITA AKAN KEBENARAN ADANYA NABI-NABI UTUSAN ALLAH SWT.

Sosilawati dan Nash berpelukan menangis sebelum Lafaz cerai secara Rasmi

KUALA LUMPUR - Babak bersalam-salaman dan berpelukan di dalam mahkamah beberapa detik sebelum bercerai, bukan 'adegan lakonan' yang sengaja dibuat-buat. Sebaliknya itu adalah aksi spontan penyanyi Nash dan bekas isterinya, Sosilawati Lawiya yang larut dalam kesedihan, beberapa detik sebelum mereka secara rasmi bercerai.

Menurut Sosilawati, dia sendiri membuat permohonan kepada pihak mahkamah supaya diberi peluang untuk memohon maaf terhadap Nash sebelum penyanyi itu menjatuhkan talak terhadapnya secara rasmi semalam. "Sebagai isteri, saya tahu ada dosa-dosa yang telah saya lakukan terhadap dia sebagai suami sebab itu saya sendiri memohon kepada pihak mahkamah untuk membuat permohonan maaf kepada Nash," katanya.

Tanpa disangka adegan bersalam kemudian menyaksikan pasangan itu saling berpelukan erat dan Sosilawati sendiri menangis teresak-esak, tidak mampu menahan sedih. "Walaupun perkahwinan kami hanya dalam tempoh 10 bulan, singkat sangat, saya merasakan ada rasa kasih sayang wujud, terutama dalam diri anak-anak saya terhadap Nash.

"Saya harap sangat supaya Nash akan terus menganggap anak-anak saya sebagai anak dia sendiri," katanya yang ketika bercakap dengan Kosmo! masih dalam nada sebak dan tersekat-sekat. Ketika ditanya mengapa dia perlu bersedih, sedangkan dia sendiri mahukan perpisahan itu, wanita itu berkata, dia tidak menyangka perkahwinan keduanya akan berakhir sesingkat itu.

Zizie AF7 Jadi Rebutan

Dengar cerita, Zizi telah pun dijemput datang ke sebuah studio baru-baru ini untuk menjalani sesi uji bakat. Namun, Murai Batu tidak tahu pula sama ada Zizi telah berjaya atau tidak? Yang penting, orang dah berminat dengan bakat Zizi sebagai penyanyi.


Satu lagi pihak yang dikatakan berminat dengan Zizi adalah pihak pengurusan Diddy Hirdy (bintang AF4) iaitu Abang Botak. Ingat Abang Botak? Dialah blogger jemputan bagi murai.com.my ketika AF7 berlangsung, baru-baru ini. Memang sejak sekian lama, Abang Bad berminat untuk menguruskan Zizi selepas melihat persembahannya.

(Huh..macam-macam!) Lelaki 10 isteri mengaku salah rogol enam anak

Kejadian memalukan di Singapura. Jadikan ikhtibar.


SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil.

Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.

Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya.

Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.

Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan.
Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan kepadanya.

Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah Al-Mukminin untuk ‘mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya hingga dibolehkan mengadakan seks’.

Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu kepada seorang kenalannya.

Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki.

‘Dia berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,’ katanya.

Dua daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah tumpangan budak perempuan.

Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah menukar namanya sebelum ini.

Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah selepas perbicaraan.
Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang kes tersebut.
Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya itu, berkata: ‘Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi tak sampai hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.’

Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara.

ANAK JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan

MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka.

Tanpa segan silu, si ayah berkata: ‘Kau tahan saja, sakit sekejap saja.’
Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.

Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut antara Disember 2003 de ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12 dengan 15 tahun.

Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak pe rempuannya.

Alasannya diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak lelaki.

Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan nafsunya.
Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka keluar.

Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua keluarga dan ‘guru agama’ mereka.

Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama mereka.

Dua daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah mereka.
Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak menggugurkan kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya sendiri.

Salah seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan kandangannya.

Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan beberapa isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan kandungannya.

Pengalaman pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama mengadu kepada seorang kawannya.

Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari kemudian.

Fakta kes
Tertuduh: 45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10 isteri (empat isteri sah dan enam melalui nikah muta’ah) dan 66 anak (33 lelaki dan 33 perempuan).

Kes: Menghadapi 43 tuduhan merogol, cuba merogol dan mencabul kehormatan. Melakukan kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di biliknya di sebuah flat jumbo.

Keputusan: Didapati bersalah bagi sembilan tuduhan merogol lima anak perempuannya yang berusia antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Laporan polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun 2005, sehari selepas dirogol.

Mangsa pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan 23 Jun 2005.
Mangsa kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari 2004 dan Mac 2004.
Mangsa ketiga: Berusia 14 tahun dan yang dirogol pada Januari 2005.
Mangsa keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan Jun 2005.
Mangsa kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac 2004 dan Mei 2005

ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH

ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka.
Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana ‘pengorbanan’ itu.
Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya.
Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda mereka.

Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan fikirkan apa yang akan dilakukan.
Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir menangis.
Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati.

Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya.
Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.
Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini, menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya.

Apabila isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan kata-kata manis lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan isteri-isterinya bahawa perbuatannya itu dibenarkan mengikut Al-Quran.

Termakan dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai ketua rumah tangga dan ‘guru agama’ mereka, si isteri menuruti perintahnya.

Malah, seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak perempuan mereka tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah mereka.

YUNA - Demo









Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
16. Rocket

6ixth Sense - Khatimah Cinta





Muaturun, klik jerr tajuk lagu..

Monday, May 25, 2009

Bee Gees - Alone

Untuk muat turun, klik jer tajuk lagu tu..

The Killerrs - Human

Untuk muat turun, klik jer tajuk lagu tu





Better Than Ezra - Good

Untuk muat turun, klik jer tajuk lagu tu


Lookin around the house
Hidden behind the window and the door
Searchin for signs of life but theres nobody home
Well maybe Im just too sure

Or maybe Im just too frightened by the sound of it
Pieces of note fall down but the letter said (wahow)
It was good livin with you (wahow)
It was good (awwawawa, wahow)
It was good livin with you (wahow)
It was good (awwawawa)Good, good, good, good, good, good

Sittin around the house
Watchin the sun trace shadows on the floor
Searchin for signs of life but theres nobody home
Well, maybe Ill call or Ill write you a letter

Now maybe well see on the fourth of july
But Im not too sure, and Im not too proud

Well Im not too sure and Im not too proud to say (wahow)
Yeah you were so good
Yeah you were so good
Yeah....thats right!

Seether Covered Song