Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada amalan sendiri yang di praktikan atas minat ambil tahu. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri! Terima Kasih..
Menjdikan Wajah berseri-seri
Petua Cara 1 :
Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut
Petua Cara 2 :Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas
Mencerahkan Kulit Muka
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis / Limau kasturi
Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.
Mengatasi Rambut Kering dan Mengerbang
Gunakan kuning telur. Pukul 2 kuning telur bersama dengan 1/4 cawan air suam. Apply campuran bahan-bahan ini atas rambut dan biarkan selama 30 min sehingga 1 jam untuk memberikan ruang kepada rambut untuk menyerap semua kebaikan bahan-bahan tadi.Semasa tempoh ini, anda perlu tutup rambut dengan tuala. Selepas selesai tempoh 30 minit atau 1 jam tersebut, cuci rambut dengan air suam-suam kuku. Sambil cuci rambut tu, gosok-gosokkan rambut dengan jari. Anda perlu basuh dengen teliti untuk mengelakkan bau telur tersebut. Jangan guna syampu lagi...
Petua Merawat Jerawat
Gunakan bawang putih kerana bahan putih bersifat antiseptik.
Caranya, mula-mula kena hancurkan 1 ulas bawang putih, kemudian, tambahkan 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh jus carrot. Kemudian campurkan bahan ini dengan telur putih dari sebiji telur ayam yang telah dipukul terlebih dahulu sehingga kembang. Pukul kesemua campuran bahan hingga sebatiJadikan bahan ini sebagai masker dengan menyapukannya ke bahagian yang ada jerawat. Biarkan sehingga kering, then basuh dengan air bersihPetua ini dapat menghilangkan jerawat dengan cepat dan tidak menyakitkan..
Petua Menghilangkan Parut
Dapatkan bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada anda yang mahu mendapatkan hasil yang cepat.
Mencerahkah Ketiak
Ambil jus limau (limau nipis atau limau kasturi) dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Kepekatannya tu agak-agak saja, asal nampak senang untuk disapukan ke ketiak anda. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan ramuan tu selama 15 minit di ketiak anda. Kemudian cucilah dengan air yang bersih. Petua ni elok diamalkan sebanyak 2-3 kali dalam seminggu.
Bibir lebih merah
1) Gunakan tomato. Potong tomato dan sapukan isinya pada bibir setiap hari. Buatlah selalu, pasti bibir anda akan kelihatan lebih merah, segar dan memukau sesiapa sahaja!
2) Gunakan kunyit hidup dan pati santan. Tumbuk kunyit hidup, perah dan ambl airnya. Campurkan dengan pati santan. Setelah itu sapukan ke bibir. Hmmmm..pasti bibir nampak lebih lembab dan segar. Lakukan 2-3 kali seminggu
Menggebu dan mencerahkan kulit badan
Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Sental pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali. Buat 2 minggu sekali.
Hilangkan Bintik hitam pada muka
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.
Wajah Berkedut
Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.
Melembabkan Muka
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.
Melicinkan Kulit
Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
No comments:
Post a Comment