Wednesday, August 6, 2008

Cerita Seram:Si Toyol Gendut

Razak terpaksa ditugaskan keluar kota. Beliau menyewa sebuah banglo usang yang telah lama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali dengan beliau di banglo tersebut. Pada suatu malam,malam pertama,Razak terdengar riuh rendah di dapur.> Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur. Lantas,beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya.
Toyol : Maafkan aku..aku lapar.
Razak : Takperrr..aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan.
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
Toyol : Alahhhhh...kacang ajer.
Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas..
Toyol : Apa tugasnya?
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat> bulu ketiaknya) Nah...aku nak engkau luruskan bulu ini..selagi ianya tak lurus selagi itu engkau tak boleh makan. Toyol : Alahhhhh...lagi kacangggggg.....
Sejak malam itu,setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu tersebut tak jugak lurus-lurus..puas si toyol mencuba namun gagal..Sudah hampir 6 hari si toyol tidak makan..dia terlalu lapar. Namun memandangkan takutnya dia pada 'ayat-ayat' yang dibaca oleh Razak,beliau tetap tekun. Pada suatu hari seperti dijanjikan,datanglah isteri dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak.>> Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri dan anak-anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak & isteri Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebokkk!!!! isteri Razak jatuh tersungkur di hadapan si toyol sambil kain yang dipakainya terselak ke atas perut...Alangkah terkejutnya si toyol...
Toyol : Makkkkkk...mati aku...banyak lagi bulu yang nak kena lurus daaaaaaaaa.....Selepas kejadian itu..larilah si toyol dan tidak datang-datang lagi ke banglo berkenaan.

No comments:

Post a Comment