Monday, August 4, 2008

Tips Berhenti Merokok

Pernahkah kamu terfikir untuk membuang tabiat merokok??? Ye lah... sekarang ni, harga rokok di pasaran kian naik. Bagi kamu yang ingin berhenti merokok, tetapi tidak berhasil tiap kali mencuba, apa kata kita cuba dahulu petua ini ye....selamat mencuba

1. Melengah-lengahLengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti ya" setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas PanjangTarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan BanyakMinumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat SesuatuBuatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah SesuatuMengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh TanganSekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman ReganganLakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon DoaMohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

* Kalau cara ini juga tidak berjaya, saya nasihatkan anda dapatkan khidmat kaunseling... hehehe..

No comments:

Post a Comment