Thursday, May 14, 2009

Anak Tiri Antara Sebab Norish Minta Cerai...




Hasrat Norish Karman hanya dua – agar bekas suami Datuk Hashimuddin Abdul Kadir selepas 10 bulan bercerai boleh “move on” dan membenarkan ketiga-tiga anak mereka yang berusia diantara 10 dan lima tahun kekal bersamanya.





“I’m vulnerable tanpa mereka. It’s been like that for 10 years. Dia (bekas suami) pernah berjanji tidak akan membuat perkara-perkara sebegini tetapi sekarang …. Saya tahu ini bukan dirinya yang sebenar kerana bekas suami yang saya kenali bukan orang seperti itu. Mungkin dia dipengaruhi orang-orang sekeliling,” cerita Norish bila ditemui baru-baru ini selepas siaran langsung ‘Wanita Hari Ini’ (WHI) dimana dia mula bertugas sebagai salah seorang pengacaranya.





Berat mata memandang berat lagi bahu yang terpaksa memikul dugaan yang melanda. Namun Norish gembira dengan kehidupannya kini, anak-anak kesayangan di sisi walaupun mereka terpaksa melakukan penyesuaian yang besar berbanding kehidupan dulu.Menurut Norish, mereka memahami situasi yang dihadapinya. Selain peruntukkan RM700 sebulan untuk ketiga-tiga anak, dia kini bergantung sepenuhnya pada wang simpanannya yang semakin susut. Nasib baik dia berjaya mendapatkan tugas pengacara WHI.





Mungkinkah kerana itu anak-anak mengatakan “Baba jahat”? “Budak-budak, mereka akan luahkan apa yang dirasai. Katanya ada orang ajar, rasanya dia lebih bijak dari itu.” Tambahnya, tidak pernah digunakan perkataan ‘aniaya’ atau ‘zalim’ terhadap bekas suaminya. Sebaliknya, perkataan-perkataan itu terkeluar secara spontan dari pihak wartawan selepas mendengar kisahnya.“Sebagai manusia, kita jangan mudah melatah. Umurnya pun menjangkau 61 tahun jadi perlu dilihat perkara-perkara dengan gambaran yang lebih besar. Walaupun ada ayat-ayat yang kurang enak yang digunakan terhadapnya, jangan diambil peduli asalkan anda tahu ia tidak benar.





“Sebab itu saya tidak ambil kisah apa orang nak cakapkan tentang saya. Mereka tidak kenal saya dan mereka bukan sesiapa penting dalam hidup saya. Saya tak makan, takde duit, adakah mereka menolong saya? Never be hurt by people who mean nothing to you.”





Menyedari bila terkeluarnya kenyataan itu, bekas suaminya akan ‘menyerang’. Halysha Nur, anak bongsu dari isteri pertama yang dididik selama tujuh tahun, dihalang dari menghubunginya. Telefon bimbit yang dibelikannya diambil. Katanya, Halysha kini terpaksa menggunakan telefon awam atau meminjam telefon bimbit kawan untuk menelefonnya.“Setiap kali dia menelefon, kami akan menangis kerana terlalu rindu. Itulah yang berlaku hari itu di mahkamah. Saya tak sangka dia akan menelefon. Walaupun bukan saya yang melahirkannya tetapi kasih sayang padanya sampai mati. Dia seorang gadis yang amat bertimbang rasa. Dia bakal menyambut harijadinya yang ke-15 pada penghujung tahun ini. Dia tahu perasaan saya walaupun saya tidak meluahkannya. She’s always there for me.





“She’ll come to me and say, ‘Saya tahu bonda tak gembira.’ Sebenarnya, dia antara pemangkin yang membawa saya kepada membuat keputusan untuk bercerai. Dia yang menyedarkan saya that I still have a life. Tapi keputusan itu berat sekali untuk dibuat kerana saya terpaksa meninggalkannya. Dia juga yang memaklumkan saya tentang niat babanya untuk mengadakan sidang media pada minggu lepas. Dia menasihati saya untuk bersabar dan tabah, and that she loves me very much.”Ditanya tentang keadaan ibu bapanya, Norish memberitahu apa yang berlaku lebih melukakan hati orang tuanya daripada dirinya. Sebagai seorang anak seni, dia sudah belajar menjadi “hardcore”, lebih mampu menghadapi apa jua perkara, berlainan ibu bapanya. Katanya lagi, mereka lah antara sebab mengapa dia kekal begitu lama di dalam perkahwinannya.





“Perkahwinan ini sudah lama berakhir. Saya tidak dapat bertahan lagi dan itulah antara sebab perkahwinan kami gagal. Kami masing-masing perlu bertanggungjawab, 50%-50%. Tiada kaitan dengan sesiapapun,” kata Norish yang memberitahu tiada perasaan malu atau merasakan dirinya diburukkan oleh apa yang didedahkan bekas suami kerana baginya orang yang bercakap buruk tentang orang lain hanya memburukkan diri sendiri. “Sebenarnya, saya bersyukur atas apa yang telah berlaku. Ia menjadikan saya lebih tabah untuk mengharungi hidup. Hidup saya bukan untuk merealisasikan impian orang lain tetapi impian saya, anak-anak dan peminat. Saya tahu ramai yang membenci saya tetapi siapalah saya manusia kerdil untuk menghalang mereka.”

No comments:

Post a Comment