Monday, May 18, 2009

Taman seks di China cetus kontroversi




SATU patung gergasi wanita dipamerkan di taman seks pertama China di Chongqing.
BEIJING - Taman tema seks Love Land di barat daya China mencetuskan kemarahan orang ramai apabila mempamerkan patung manusia bogel, kemaluan bersaiz gergasi dan bengkel berhubung teknik hubungan seks, lapor sebuah semalam.



Taman tema seks pertama di China itu dijadualkan dibuka kepada umum di daerah Chongqing pada Oktober depan.
Bagaimanapun, orang ramai berharap projek tersebut tidak akan diteruskan.



"Kami membina taman itu demi kebaikan bersama iaitu bagi membantu orang dewasa menikmati kehidupan seks yang harmoni," kata pengurus taman itu, Lu Xiaoqing.



"Seks ialah subjek tertutup di China tetapi orang ramai memerlukan lebih banyak maklumat mengenainya," tambah Xiaoqin.



Selain mempamerkan sejarah dan teknik seks, taman itu turut memiliki sebuah patung wanita gergasi sedang tunduk dalam keadaan hampir bogel dan patung itu boleh berputar.
Pengumuman pembukaan taman tema itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna Internet dengan kebanyakan mereka meluahkan komen negatif mengenainya. - AFP





sumber : kosmo-

No comments:

Post a Comment