Thursday, May 14, 2009

Pertunangan Nas Adila AF7 Retak???

Ada khabar angin mengatakan hubungan penyanyi jelita Nas Adila, 23 (Akademi Fantasia 7) dengan tunangnya, Yang Mulia Putera Megat Azizul Azree, 31, sudah terjejas ataupun retak. Penulis mendapatkan penjelasan Nas Adilla sendiri tentang status pertunangannya dengan kerabat di Raja Kedah berkenaan.
Dila tak nak beri sebarang komen tentang status pertunangan kami. Buat masa ini Dila masih lagi tunangnya. Mungkin sebab kontroversi yang timbul baru-baru ini, ia mempengaruhi pertunangan mereka.



“Bagi Dila, dia seorang yang baik dan sangat menyokong kerjaya seni Dila. Dia tak pernah menghalang apa yang Dila lakukan dan dia memahami kerjaya Dila sebagai seorang selebriti. Kalau pun berpisah ini bukannya disebabkan peribadi atau pun adanya orang ketiga. Kami berdua sahaja yang tahu apa yang berlaku di antara kami.” kata Dila




“Dila juga rasakan perkara ini terlampau personal dan perlu menjaga hati banyak pihak. Bila berlaku seperti ini, ia mematangkan lagi Dila yang masih muda, ujarnya yang sedih dengan apa yang telah terjadi.” Tambah Dila lagi

No comments:

Post a Comment