Sunday, May 24, 2009

Ustaz Akhil Hayy bercerai??

Gambar Akhil Hayy dan Haweeda yang panas di katakan di internet menjadi kemuncak kepada gossip mereka dan terkini isteri Akhil Hayy , Maizawati, desas-desus mengatakan mereka bakal berpisah adalah benar dan dia turut mengesahkan kes berkaitan perceraian mereka akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.


Katanya, keputusan berpisah bukan dibuat atas dasar mereka bermusuhan, tetapi ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.


“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya,” katanya.


Begitulah kata-kata isteri Akhil Hayy pada rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada jam 8 hingga 10 pagi semalam.


Apa cerita ni sheikh? Ana tertanya-tanya Ustaz Akhil Hayy masih berdirikah di atas landasan perjuangan lama? Atau telah terpaku dengan sirna dunia glamour? Walau apa pun semoga Akhil Hayy dan isteri bahagia dengan keputusan mereka itu.

No comments:

Post a Comment