Thursday, May 21, 2009

Norman ke pangkuan keluarga?


Baca berita bertjauk "Norman ke pangkuan keluarga?" kat utusan malaysia, buat aku bikin panas je. Ingatkan diorang nak rujuk semula. cehh!


SETELAH hampir lima bulan berpisah, pelakon popular Norman Hakim, 32, mengakui masih lagi berhubung dengan bekas isterinya, Abby Abadi serta melunaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Biarpun telah terputus hubungan, tanggungjawab baginya perlu diutamakan bukan sahaja dari segi kebajikan malah kasih sayang terhadap tiga anaknya yang masih kecil.
"Alhamdulillah, hubungan saya dengan bekas isteri baik dan dia begitu memahami situasi sekarang. Kami juga sering berinteraksi mengenai perkembangan anak-anak.
"Setiap hari saya menghantar mereka (anak) ke sekolah. Kalau bekas isteri saya keluar daerah, saya akan balik dan tidur di rumah menemani anak-anak.
"Lagipun hubungan saya dengan bekas mertua masih baik, dan takkanlah disebabkan penceraian kami maka hubungan saya dan bekas mertua turut terputus," katanya.


sumber : utusan malaysia

No comments:

Post a Comment