Monday, May 18, 2009

Syurga Cinta...




Menjalani pengambaran pada Julai tahun lalu, Syurga Cinta turut mengundang Adik Haziq yang turut memegang watak utama sebagai Ikmal, iaitu kanak-kanak yang nakal dan petah berbicara.


Syurga Cinta akan mengupas kehidupan 2 individu Melayu dengan 2 akidah yang berbeza. Ia mengetengahkan elemen keagamaan di dalam kisah cinta remaja.





Filem ini menceritakan Irham, berusia lewat 20-an, anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti masyarakat Barat.





Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis sehingga Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham tidak menang lagi, mereka akhirnya mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak akan pernah menyukai gadis sebegini. Dan gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis bertudung tetapi berfikiran moden yang masih mempertahankan nilai seorang muslimah.





Syuhadah merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap diasuh dengan didikan agama yang cukup.
Irham mula melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan guru agama di sekolah adik angkatnya, Ikmal. Irham cuba menggunakan bantuan Ikmal untuk menjayakan misinya itu.

No comments:

Post a Comment