Monday, May 25, 2009

Serina Chef Wan Bakal Nikah Jejaka London?

Tengah sibuk diperkata’kan gossip tentang Serina bakal menikah dengan seorang jejaka ‘mat salleh’ yang berasal dari London, Gavin atau nama Islam’nya ialah Salahudin. Menurut Chef Wan, bakal menantu’nya itu sebenar’nya telah lama memeluk Islam sebelum berkenalan dengan Serina lagi.

Beliau juga sudah berjumpa dan menyelami hati bakal menantu’nya. Dan nampaknya inilah lelaki yang paling serasi dengan Serina. Gavin juga merupakan seorang yang serius dan mempunyai prinsip hidup yang boleh dibanggakan. Pekerjaannya juga stabil dan orangnya pun boleh tahan kacak. Kata Chef Wan.



Majlis pernikahan akan dilangsungkan pada 11 Julai ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, jam 10 pagi. Selesai diijab kabul itu, diadakan pula majlis persandingan dan kenduri sederhana bagi menjamu 200 tetamu yang terdiri daripada adik-beradik dan saudara mara kedua-dua pihak.


Manakala majlis kenduri dan majlis persandingan sebenar akan diadakan pada 1 Januari depan dan Chef Wan sendiri telah memilih beberapa menu istimewa untuk hidangan tetamu pada hari berbahagia itu nanti. Santapan istana akan dihidangkan untuk bakal menantu dan tetamu yang hadir.

No comments:

Post a Comment