Monday, May 25, 2009

Julia Hana Bercinta Dengan Jejaka Belanda

SETELAH terbabit dengan kontroversi kes menarik rambut dengan isteri seorang Datuk kira-kira tiga tahun lalu di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, nama Julia Hana dilihat semakin mula 'lesu'.


Tuduhan yang dilemparkan kononnya menjadi perampas suami orang cukup mencabar dirinya ketika itu sehinggakan Julia terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya kembali.


Penat dengan tohmahan yang singgah dalam dirinya tanpa henti termasuklah gosip yang mengatakan dirinya sudah berkahwin 'diam-diam', pelakon berusia 30an ini akhirnya mengambil keputusan untuk bersikap 'low-profile' daripada sebarang publisiti.


Tindakan itu diharapkannya dapat membuatkan masyarakat lupa dengan kontroversi yang sering melanda dirinya, namun cukup menyedihkan tuan empunya diri apabila dia nampaknya masih lagi diselubungi kisah 'panas'.

Perkhabaran terbaru yang mendakwa Julia sudah pun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan ternyata telah membuatkan nama aktres ini kembali hangat.


"Memang niat saya 'low-profile' adalah untuk tutup cerita-cerita buruk tentang saya, terutamanya selepas kontroversi tarik rambut dulu. Waktu itu saya sangat kecil hati sebab orang asyik bercakap tentang kontroversi itu saja.


"Dan dalam tempoh itu, saya teruskan hidup seperti biasa dan lebih banyak berlakon untuk drama-drama saja. Tapi, nampaknya sekarang timbul pula tentang isu saya sudah berkahwin yang mana sekaligus orang kembali mengaitkannya dengan kisah kontroversi yang dulu.


"Tak tahulah saya nak cakap apa lagi. Agaknya memang sudah tertulis bahawa hidup saya memang akan terus dihantui dengan benda-benda macam ni," luah Julia, ketika ditemui pada majlis pelancaran dan doa selamat filem Remp-It Nan Sempit di pejabat Metrowealth, baru-baru ini.


Julia yang dilihat semakin susut badannya itu bagaimanapun tetap mengukir senyuman dan cukup 'sporting' tatkala diajukan soalan sama ada benar desas-desus yang mengatakan dirinya sudah berkahwin.

"Mana ada. Saya belum kahwin lagilah...belum sampai jodoh," katanya, ringkas.


Namun, Julia tidak menafikan dirinya ketika ini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda sejak setahun yang lalu.


"Memang saya sedang 'berkawan' dengan seseorang. Dia adalah seorang ahli perniagaan dari Belanda dan baru saja mula menetap di Malaysia tahun lepas.


"Sebenarnya sudah 15 tahun saya mengenalinya, tetapi hanya setahun yang lalu barulah kami menjalinkan hubungan yang lebih serius.


"Buat masa ini, kami belum ada perancangan untuk berkahwin, tapi saya akui, saya sendiri sebenarnya sudah bersedia ke arah itu," kata Julia sambil tersenyum menceritakan tentang jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu.


Ditanya apa reaksi 'si dia' ekoran khabar angin yang mengatakan dirinya telah berkahwin, akui Julia, kekasih hatinya itu memang agak terkejut tatkala mendapat tahu tentang perkhabaran itu.


"Sesiapa saja yang 'berkawan' dengan saya pasti terasa juga kalau saya asyik dikaitkan dengan gosip saja. Sukar untuk pertahankan hubungan bila timbulnya benda-benda macam ni.


"Dia memang terkejut juga pada awalnya, tapi lama-lama dia faham," ujar Julia.


sumber : mStar

No comments:

Post a Comment