Thursday, May 14, 2009

Tuah Aril AF7 bersama KRU


Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh belum pun melabuhkan tirainya, salah seorang pelajar yang tersingkir pada minggu ketujuh lalu, Aril dikhabarkan akan ‘dilamar’ menyertai KRU Studios.



Malah, Aril tidak perlu tunggu AF Masuk untuk meneruskan bakat besarnya. Dia sudahpun mendapat perhatian syarikat rakaman yang berminat untuk menyediakan ‘platform’ untuknya mengasah bakatnya.



Berita ini turut disahkan oleh Ketua Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim ketika majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Telekom Malaysia Berhad bagi filem ‘Jin Notti’, semalam (5/5).
Sambil tersenyum Norman berkata ‘dalam perancangan’ dan enggan mengulas lanjut tentang Aril.
Dia berkata KRU akan membuat satu pengumuman mengenai hal itu apabila tiba masanya nanti.

No comments:

Post a Comment